Sony Xperia E3 - Memori dan storan

background image

Memori dan storan

Peranti anda mempunyai jenis memori dan keupayaan storan yang berbeza untuk foto,

aplikasi dan fail lain:

Storan dalaman kira-kira

1.7 GB dan digunakan untuk menyimpan kandungan yang

dimuat turun atau dipindahkan bersama-sama tetapan dan data peribadi. Contohnya

tetapan penggera, kelantangan dan bahasa, e-mel, penanda buku, kenalan, acara

kalendar, foto, video dan muzik.

Anda boleh menggunakan kad memori boleh tanggal sehingga

32 GB untuk

mendapatkan lebih banyak ruang storan. Kebanyakan aplikasi boleh membaca data

daripada kad memori tetapi hanya aplikasi tertentu yang boleh menyimpan fail ke memori

jenis ini. Contohnya, anda boleh menetapkan aplikasi kamera supaya menyimpan foto

terus ke kad memori.

Memori dinamik (RAM) kira-kira

1 GB dan tidak boleh digunakan untuk storan. RAM

digunakan untuk mengendalikan aplikasi yang berjalan dan sistem operasi.

Anda mungkin perlu membeli kad memori secara berasingan.

116

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Baca lebih lanjut mengenai penggunaan memori dalam peranti Android dengan memuat

turun Kertas putih untuk peranti anda di

www.sonymobile.com/support.

Memperbaik prestasi memori

Memori dalam peranti anda cenderung untuk penuh sebagai hasil penggunaan biasa.

Jika peranti mulai perlahan atau aplikasi tiba-tiba terpadam, anda harus

mempertimbangkan yang berikut:

Sentiasa mempunyai lebih daripada

100 MB storan dalaman kosong dan lebih daripada

100 MB RAM kosong.

Tutup aplikasi berjalan yang tidak anda gunakan.

Padam bersih memori cache untuk semua aplikasi.

Nyahpasang aplikasi yang dimuat turun yang tidak anda gunakan.

Pindahkan foto, video dan muzik dari memori dalaman ke kad memori.

Jika peranti anda tidak boleh membaca kandungan pada kad memori, anda mungkin

perlu memformatnya.

Untuk melihat status ingatan

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Storan.

Untuk melihat jumlah RAM yang bebas dan digunakan

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Aplikasi > Berjalan.

Untuk mengosongkan ingatan cache bagi semua aplikasi

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan >Storan.

3

Ketik

Data cache > OK.

Apabila anda mengosongkan ingatan cache, anda tidak kehilangan sebarang maklumat

penting atau tetapan.

Untuk memindahkan fail media ke kad memori

1

Pastikan anda mempunyai kad memori yang dimasukkan ke dalam peranti anda.

2

Dari Skrin Utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Tetapan > Storan > Pindahkan data ke kad SD.

4

Tandakan jenis fail yang anda mahukan untuk dipindahkan ke kad memori.

5

Ketik

Pemindahan.

Untuk menghentikan aplikasi dan perkhidmatan daripada dijalankan

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Aplikasi > Berjalan.

3

Pilih aplikasi atau perkhidmatan, kemudian ketik

Henti.

Untuk memformatkan kad memori

1

Daripada Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Storan > Hapuskan data kad SD.

3

Untuk mengesahkan, ketik

Hapuskan data kad SD > Padam semua

Semua kandungan pada kad memori dipadamkan apabila anda memformatkannya. Pastikan

anda membuat sandaran semua yang anda mahu simpan sebelum memformat kad memori.

Untuk membuat sandaran kandungan, anda boleh menyalinnya ke komputer. Untuk maklumat

lanjut, lihat