Senarai main
Pada skrin utama Walkman®, anda boleh mewujudkan senarai main anda sendiri
daripada muzik yang disimpan pada peranti anda.
Untuk membuat senarai main anda sendiri
1
Dari skrin utama Walkman®, sentuh terus nama album atau lagu yang mahu
ditambahkan pada senarai main.
2
Dalam menu yang terbuka, ketik
Tambah pada > Wujudkan senarai main baru.
3
Masukkan nama untuk senarai main dan ketik
OK.
Anda juga boleh mengetik seni album dan kemudian mengetik untuk membuat senarai
main baru.
Untuk memainkan senarai main anda sendiri
1
Buka menu skrin utama Walkman®, kemudian ketik
Senarai main.
2
Di bawah
Senarai main, pilih senarai main yang hendak dibuka.
3
Jika anda mahu memainkan semua lagu, ketik
Kocok semua.
Untuk menambahkan lagu pada senarai main
1
Dari skrin utama Walkman®, semak imbas ke lagu atau album yang mahu
ditambahkan pada senarai main.
2
Sentuh terus tajuk lagu atau album, kemudian ketik
Tambah pada.
3
Ketik nama senarai main yang ingin anda tambahkan album atau lagu itu. Album
atau lagu ditambahkan pada senarai main.
Untuk mengalih keluar lagu daripada senarai main
1
Dalam senarai main, sentuh terus tajuk lagu yang anda hendak padam.
2
Ketik
Padamkn drpd senarai main daripada senarai yang muncul.
Untuk memadamkan senarai main
1
Buka menu skrin utama Walkman®, kemudian ketik
Senarai main.
2
Sentuh terus senarai main yang anda ingin padamkan.
3
Ketik
Padam.
4
Ketik
Padam sekali lagi untuk mengesahkan.
Anda tidak boleh memadamkan senarai main pintar.