Panggilan sidang
Dengan panggilan sidang atau berbilang pihak, anda boleh menyambungkan perbualan
dengan dua atau lebih ramai orang.
Untuk butiran mengenai bilangan peserta yang anda boleh tambah pada panggilan sidang,
hubungi pengendali rangkaian anda.
Untuk membuat panggilan sidang
1
Sewaktu panggilan sedang berjalan, ketik .
2
Dail nombor peserta kedua dan ketik . Peserta pertama ditunda.
3
Ketik untuk menambahkan peserta kedua pada panggilan sidang.
4
Ulang langkah 1 hingga 3 untuk menambah lebih ramai peserta panggilan.
Untuk mengadakan perbualan peribadi dengan peserta panggilan sidang
1
Semasa panggilan sidang yang sedang berjalan, ketik
{0} peserta.
2
Ketik nombor telefon peserta yang anda mahu bercakap secara peribadi.
3
Untuk menamatkan perbualan peribadi dan kembali ke panggilan sidang, ketik .
Untuk melepaskan peserta dari panggilan sidang
1
Semasa panggilan sidang sedang berjalan, ketik butang yang menunjukkan
nombor peserta. Sebagai contoh, ketik
3 peserta jika terdapat tiga peserta.
2
Ketik bersebelahan peserta yang anda mahu lepaskan.
Untuk menamatkan panggilan sidang
•
Semasa panggilan persidangan, ketik
Tamatkan panggilan sidang.