Menavigasi aplikasi
Anda boleh menavigasi antara aplikasi menggunakan kekunci navigasi, bar kegemaran,
ciri aplikasi lancar cepat dan tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan, yang
membolehkan anda beralih antara semua aplikasi yang terbaru digunakan dengan
mudah. Sesetengah aplikasi ditutup apabila anda menekan untuk keluar sementara
aplikasi lain terus berjalan dalam latar belakang atau dijeda. Jika aplikasi dijeda atau
berjalan dalam latar belakang, anda boleh teruskan dari tempat anda berhenti pada kali
berikutnya anda membuka aplikasi.
1
Tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan – Buka aplikasi yang terbaru digunakan
2
Bar kegemaran – Buka jalan pintas untuk aplikasi atau widget
3
Kekunci navigasi tugas – Buka tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan dan bar aplikasi kecil
4
Kekunci navigasi utama – Keluar daripada aplikasi dan kembali ke skrin Utama
5
Kekunci navigasi undur – Kembali ke skrin sebelumnya dalam aplikasi atau tutup aplikasi
Untuk membuka tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan
•
Tekan .
Untuk menutup semua aplikasi yang baru digunakan
•
Ketik dan kemudian ketik
Tutup semua.
Untuk membuka menu dalam aplikasi
•
Semasa menggunakan aplikasi, tekan .
Menu tidak tersedia dalam semua aplikasi.