Sony Xperia E3 - Aplikasi kecil

background image

Aplikasi kecil

Aplikasi kecil ialah jalan pintas yang digunakan untuk aplikasi dan widget. Anda boleh

mendapat akses pantas kepada aplikasi kecil pada bila-bila masa menggunakan bar

kegemaran. Aplikasi kecil hanya mengambil sebahagian kecil skrin anda agar anda boleh

berinteraksi dengan aplikasi kecil dan aplikasi lain pada skrin yang sama secara serentak.

Contohnya, anda boleh membuka halaman web dan kemudian membuka aplikasi kecil

Kalkulator pada bahagian atasnya, kemudian melakukan pengiraan. Anda boleh memuat

turun lebih banyak aplikasi kecil daripada Google Play™.

Untuk membuka aplikasi kecil

1

Untuk membuatkan bar aplikasi kecil kelihatan, tekan .

2

Ketik aplikasi kecil yang anda ingin buka.

Anda boleh membuka beberapa aplikasi kecil pada masa yang sama.

Untuk menutup apl kecil

Ketik pada tetingkap apl kecil.

Untuk memuat turun aplikasi kecil

1

Dari bar aplikasi kecil, ketik

, kemudian ketik , dan ketik .

2

Cari aplikasi kecil yang anda ingin muat turun, kemudian ikut arahan untuk

memuat turunnya dan menyelesaikan pemasangan.

19

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk mengalih aplikasi kecil

Semasa aplikasi kecil dibuka, sentuh terus penjuru kiri sebelah atas aplikasi kecil,

kemudian alihkannya ke lokasi yang diinginkan.

Untuk meminimumkan aplikasi kecil

Semasa aplikasi kecil dibuka, sentuh terus penjuru kiri sebelah atas aplikasi kecil,

kemudian seretnya ke sisi kanan atau sisi bawah skrin.

Untuk mengatur semula aplikasi kecil dalam bar aplikasi kecil

Sentuh terus aplikasi kecil dan seretnya ke kedudukan yang diingini.

Untuk mengeluarkan aplikasi kecil daripada bar aplikasi kecil

Sentuh terus small apps, kemudian seretnya ke .

Untuk memulihkan aplikasi kecil yang dikeluarkan sebelum ini

1

Buka bar aplikasi kecil, kemudian ketik

.

2

Sentuh terus aplikasi kecil yang anda mahu dipulihkan, kemudian seretnya ke

dalam bar aplikasi kecil.

Untuk menambah widget sebagai aplikasi kecil

1

Untuk memaparkan bar aplikasi kecil, tekan .

2

Ketik

> > .

3

Pilih widget.

4

Masukkan nama untuk widget itu, jika dinginkan, kemudian ketik

OK.