Sony Xperia E3 - Pemasangan

background image

Pemasangan

Lapisan plastik perlindungan dilekatkan pada skrin. Anda harus menanggalkan lapisan ini

sebelum menggunakan skrin sentuh. Jika tidak, skrin sentuh mungkin tidak berfungsi

dengan betul.

Untuk menanggalkan penutup belakang

Masukkan kuku ke dalam ruang (seperti ditunjukkan dalam ilustrasi) dan angkat

penutup tersebut.

7

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk memasukkan kad SIM mikro

Tanggalkan penutup bateri, kemudian masukkan kad SIM mikro ke dalam slotnya

dengan sesentuh berwarna emas menghadap ke bawah.

Anda perlu menggunakan kad SIM mikro untuk telefon anda berfungsi dengan betul.

Sesetengah kad SIM bersaiz standard membolehkan anda menanggalkan kad SIM mikro

bersepadu. Sebaik sahaja anda menanggalkan kad SIM mikro daripada kad SIM bersaiz

standard, anda tidak boleh menyambungkannya semula dan menggunakan kad SIM bersaiz

standard lagi. Jika anda tidak mempunyai kad SIM mikro, atau jika kad SIM semasa anda tidak

mengandungi kad SIM mikro yang boleh ditanggalkan, hubungi operator rangkaian anda untuk

mendapatkan maklumat mengenai cara untuk mengambil atau menukar kad SIM anda.

Untuk mengeluarkan kad SIM mikro

1

Tanggalkan penutup belakang.

2

Cari slot kad SIM dan klip penyendal.

3

Tekan klip penyendal ke bawah menggunakan satu kuku jari dan dalam masa

yang sama tolak keluar kad SIM mikro.

4

Keluarkan kad SIM sepenuhnya dari slot.

Jangan gunakan objek yang berhujung tajam untuk menolak kad keluar dari slot kerana

tindakan ini boleh merosakkan peranti.

8

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk memasukkan kad memori

1

Tanggalkan penutup belakang.

2

Masukkan kad memori ke dalam slot kad memori dengan sesentuh berwarna

keemasan menghadap ke bawah.

Untuk mengeluarkan kad ingatan

1

Matikan peranti atau nyahlekapkan kad ingatan daripada

Tetapan > Storan >

Nyahlekapkan kad SD.

2

Keluarkan penutup belakang, kemudian cabut keluar kad memori untuk

mengeluarkannya.

Untuk memasang penutup belakang

1

Letakkan penutup belakang di atas bahagian belakang peranti, kemudian tekan

penjuru bawah ke bawah untuk mengunci penutup ditempatnya.

2

Bergerak dari bawah ke atas, tekan tepi penutup dari atas ke bawah sehingga

penutup berdetap masuk ke tempatnya.