Sony Xperia E3 - Berkongsi kandungan dengan peranti yang DLNA Certified™

background image

Berkongsi kandungan dengan peranti yang DLNA Certified™

Anda boleh melihat atau memainkan kandungan media yang disimpan ke peranti anda

atau peranti lain seperti, sebagai contoh, TV atau komputer. Peranti tersebut mestilah

DLNA Certified™ oleh Digital Living Network Alliance dan semua peranti mestilah

disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi® yang sama untuk berkongsi kandungan

tersebut. Anda boleh juga melihat atau memainkan kandungan dari peranti DLNA

Certified™ yang lain pada peranti anda.
Selepas anda menyediakan perkongsian kandungan antara peranti, anda boleh, sebagai

contoh, mendengarkan fail muzik yang disimpan pada komputer rumah anda daripada

peranti anda atau melihat foto yang diambil dengan kamera telefon anda pada skrin TV

yang besar.

Mainkan fail daripada peranti DLNA Certified™ pada peranti anda

Apabila anda memainkan fail dari peranti DLNA Certified™ pada peranti anda, peranti

lain ini bertindak sebagai pelayan. Dalam kata lain, ia berkongsi kandungan melalui

rangkaian. Peranti pelayan mesti menjadikan fungsi perkongsiannya didayakan dan

memberi kebenaran akses kepada peranti anda. Ia juga mesti disambungkan kepada

rangkaian Wi-Fi® yang sama seperti peranti anda.

Untuk memainkan trek yang dikongsi pada peranti anda

1

Pastikan peranti yang anda mahu berkongsi fail disambungkan kepada rangkaian

Wi-Fi® yang sama seperti peranti anda.

2

Dari Skrin Utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik

WALKMAN.

3

Pilih peranti daripada senarai peranti yang disambungkan.

4

Semak imbas folder bagi peranti yang disambungkan dan pilih trek yang anda

mahu mainkan. Trek mula dimainkan secara automatik.

Untuk memainkan video yang dikongsi pada peranti anda

1

Pastikan peranti yang anda mahu berkongsi fail disambungkan kepada rangkaian

Wi-Fi® yang sama seperti peranti anda.

2

Dari Skrin Utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik

Filem.

3

Pilih peranti daripada senarai peranti yang disambungkan.

4

Semak imbas folder bagi peranti yang disambungkan dan pilih video yang anda

mahu mainkan.

Untuk melihat foto yang dikongsi pada peranti anda

1

Pastikan peranti yang anda mahu berkongsi fail disambungkan kepada rangkaian

Wi-Fi® yang sama seperti peranti anda.

2

Dari Skrin Utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Album . Semua album dalam talian yang tersedia anda dan peranti

yang disambungkan dipaparkan.

4

Pilih peranti daripada senarai peranti yang disambungkan.

5

Semak imbas folder bagi peranti yang disambungkan dan pilih foto untuk

melihatnya.

Memainkan fail daripada peranti anda pada peranti DLNA Certified™

Sebelum anda boleh melihat atau memainkan fail media dari peranti anda pada peranti

DLNA Certified™ lain, anda mesti menyediakan perkongsian fail pada peranti anda.

Peranti yang anda kongsikan kandungan dipanggil peranti klien. Sebagai contoh, TV,

komputer atau tablet boleh bertindak sebagai peranti klien. Peranti anda berfungsi

sebagai pelayan media apabila ia menyediakan kandungan kepada peranti klien. Apabila

anda menyediakan perkongsian fail pada peranti anda, anda mesti juga memberikan

kebenaran akses kepada peranti klien. Selepas anda melakukannya, peranti tersebut

dipaparkan sebagai peranti yang didaftarkan. Peranti yang menunggu untuk

94

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

mendapatkan kebenaran akses disenaraikan sebagai peranti yang menunggu

kebenaran.

Untuk menyediakan perkongsian fail dengan peranti DLNA Certified™ lain

1

Sambungkan peranti anda ke rangkaian Wi-Fi®.

2

Dari Skrin Utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik .

3

Ketik , kemudian ketik

Pelayan media.

4

Hidupkan fungsi

Kongsi media, seret penggelangsar. kelihatan dalam bar

status. Kini peranti anda boleh berfungsi sebagai pelayan media.

5

Sambungkan komputer anda atau peranti lain ke rangkaian Wi-Fi® yang sama

seperti peranti anda.

6

Pemberitahuan kelihatan dalam bar status peranti anda. Buka pemberitahuan dan

tetapkan kebenaran akses yang berkaitan untuk peranti lain.

Arahan yang diterangkan di atas mungkin berbeza bergantung pada peranti klien yang

digunakan. Rujuk kepada Panduan pengguna peranti klien untuk mendapatkan maklumat

lanjut. Jika peranti tidak dapat bersambung, semak untuk memastikan bahawa rangkaian Wi-

Fi® anda berfungsi.

Anda juga boleh mengakses menu

Pelayan media di bawah Tetapan > Kesambungan

Xperia™ > Tetapan pelayan media. Jika anda menutup paparan Pelayan media, fungsi

perkongsian fail kekal berjalan di latar belakang.

Untuk berhenti berkongsi fail dengan peranti DLNA Certified™ yang lain

1

Dari Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Kesambungan Xperia™ > Tetapan pelayan media.

3

Seret penggelangsar di sebelah

Kongsi media ke kiri.

Untuk menetapkan kebenaran akses bagi peranti menunggu

1

Daripada Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Kesambungan Xperia™ > Tetapan pelayan media.

3

Pilih peranti daripada senarai

Peranti menunggu.

4

Pilih tahap kebenaran akses.

Untuk menukar nama peranti didaftarkan

1

Daripada Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Kesambungan Xperia™ > Tetapan pelayan media.

3

Pilih peranti daripada senarai

Peranti berdaftar, kemudian pilih Tukar nama.

4

Masukkan nama baru untuk peranti.

Untuk menukar tahap akses bagi peranti berdaftar

1

Daripada Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Kesambungan Xperia™ > Tetapan pelayan media.

3

Pilih peranti daripada senarai

Peranti berdaftar.

4

Ketik

Tukar tahap akses dan buat pilihan.

Untuk mendapatkan bantuan mengenai perkongsian kandungan dengan peranti

DLNA Certified™ lain

1

Daripada Skrin Utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Tetapan > Kesambungan Xperia™ > Tetapan pelayan media.

3

Ketik .

Memainkan fail pada peranti Digital Media Renderer

Menggunakan teknologi DLNA™ anda boleh menolak kandungan media yang disimpan

pada peranti anda ke peranti lain yang disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi® yang

sama. Peranti lain mestilah dapat berfungsi sebagai peranti Digital Media Renderer

(DMR), yang bermakna ia boleh memaparkan atau memainkan kandungan yang diterima

95

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

dari peranti anda. Peranti DMR boleh jadi, sebagai contoh, TV dengan fungsi DLNA atau

PC yang menjalankan Windows® 7 atau lebih tinggi.

Tetapan untuk mendayakan Digital Media Renderer mungkin berbeza-beza bergantung pada

peranti yang digunakan. Rujuk kepada panduan pengguna untuk peranti masing-masing untuk

maklumat yang lebih terperinci.

Kandungan dengan Pengurusan Hak Digital (DRM) tidak boleh dimainkan pada peranti Digital

Media Renderer menggunakan teknologi DLNA™.

Untuk melihat foto atau video dari peranti anda pada peranti DMR

1

Pastikan anda sudah menyediakan peranti DMR dengan betul dan bahawa peranti

itu disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi® yang sama seperti peranti anda.

2

Dari Skrin Utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Album .

4

Semak imbas dan buka fail yang mahu anda lihat.

5

Ketik skrin untuk memaparkan bar alat, kemudian ketik dan pilih peranti DMR

untuk berkongsi kandungan anda. Fail yang dipilih itu mula dimainkan dalam

turutan kronologi pada peranti yang anda pilih.

6

Untuk memutuskan sambungan dari peranti DMR, ketik , kemudian pilih peranti

anda. Fail berhenti bermain pada peranti DMR tetapi terus dimainkan pada peranti

anda.

Anda juga boleh berkongsi video dari aplikasi Wayang pada peranti anda dengan mengetik

video dan kemudian mengetik .

Untuk memainkan trek muzik dari peranti anda pada peranti DMR

1

Pastikan anda sudah menyediakan peranti DMR dengan betul dan bahawa peranti

itu disambungkan kepada rangkaian Wi-Fi® yang sama seperti peranti anda.

2

Dari Skrin Utama anda, ketik , kemudian cari dan ketik

WALKMAN.

3

Pilih kategori muzik dan semak imbas ke trek yang anda mahu kongsi, kemudian

ketik trek itu.

4

Ketik dan pilih peranti DMR untuk berkongsi kandungan anda. Trek akan

dimainkan secara automatik pada peranti yang anda pilih.

5

Untuk memutuskan sambungan daripada peranti DMR, ketik , kemudian pilih

peranti anda. Trek berhenti bermain pada peranti DMR tetapi terus dimainkan

pada peranti anda.