Sony Xperia E3 - Tetapan kamera video

background image

Tetapan kamera video

Untuk melaraskan tetapan kamera video

1

Aktifkan kamera.

2

Ketik salah satu daripada ikon tetapan pada skrin.

3

Untuk memaparkan semua tetapan, ketik .

4

Pilih tetapan yang anda mahu laraskan, kemudian lakukan perubahan anda.

Gambaran keseluruhan tetapan kamera video

Resolusi video

Laraskan resolusi video untuk format yang berbeza.

HD Penuh

1920×1080(16:9)

Format HD Penuh (Definisi Tinggi Penuh) dengan nisbah bidang 16:9.

HD

1280×720(16:9)

Format HD (Definisi Tinggi) dengan nisbah bidang 16:9.

VGA

640×480(4:3)

Format VGA dengan nisbah bidang 4:3.

QVGA

320×240(4:3)

Format QVGA dengan nisbah bidang 4:3.

MMS

Rakam video yang sesuai untuk dihantar dalam mesej multimedia. Masa rakaman bagi format video ini

adalah terhad supaya fail video muat dalam mesej multimedia.

Pemasa diri

Dengan pemasa diri anda boleh merakam video tanpa memegang peranti. Gunakannya

untuk merakam video kumpulan agar semua orang boleh berada dalam video tersebut.

82

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Anda juga boleh menggunakan pemasa diri untuk mengelakkan kamera bergoyang

semasa merakam video.

Hidup (10 s.)

Tetapkan tundaan 10 saat dari masa anda mengetik skrin kamera sehingga video mula merakam.

Hidup (2 s.)

Tetapkan tundaan 2 saat dari masa anda mengetik skrin kamera sehingga video mula merakam.

Matikan

Video mula merakam sebaik sahaja anda mengetik skrin kamera.

Smile Shutter™(video)

Gunakan fungsi Smile Shutter™ untuk menentukan jenis senyuman yang kamera

bertindak balas sebelum merakam video.

Mod Fokus

Tetapan fokus mengawal bahagian pada video yang sepatutnya tajam. Apabila

autofokus berterusan dihidupkan, kamera sentiasa melaraskan fokus supaya kawasan

dalam bingkai fokus putih kekal jelas.

Fokus auto tunggal

Kamera memfokus secara automatik pada subjek yang dipilih. Autofokus berterusan dihidupkan.

Pengesanan muka

Kamera mengecam sehingga lima muka manusia secara automatik, ditunjukkan oleh bingkai pada skrin.

Kamera memberi fokus secara automatik pada muka terdekat. Anda juga boleh memilih muka yang ingin

difokuskan dengan mengetiknya pada skrin. Apabila anda mengetik skrin kamera, bingkai kuning

menunjukkan muka yang dipilih dan berada dalam fokus. Pengecaman muka tidak boleh digunakan untuk

semua jenis pemandangan. Autofokus berterusan dihidupkan.

Penjejakan objek

Apabila anda memilih objek dengan menyentuhnya dalam pemidang tilik, kamera menjejakinya untuk anda.

Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan

Manual.

Permeteran

Fungsi ini menentukan secara automatik dedahan seimbang dengan mengukur jumlah

cahaya yang memancar pada imej yang anda ingin tangkap.

Tengah

Laraskan dedahan ke tengah imej.

Purata

Kira dedahan berdasarkan jumlah cahaya yang memancar pada keseluruhan imej.

Titik

Laras dedahan dalam sebahagian kecil daripada imej yang anda ingin tangkap.

Penstabil video

Apabila merakam video, memegang peranti dengan stabil boleh menjadi sukar. Penstabil

membantu anda dengan mengimbangi pergerakan kecil tangan.

Mikrofon

Pilih sama ada hendak menangkap bunyi sekeliling ketika merakam video.

Pratonton

Anda boleh memilih untuk pratonton video sebaik sahaja anda menangkapnya.

Hidupkan

Pratonton video muncul selepas anda menangkapnya.

Sunting

83

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Pratonton video terbuka untuk penyuntingan selepas anda menangkapnya.

Matikan

Video disimpan selepas anda menangkapnya dan pratonton tidak muncul.

84

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.