Sony Xperia E3 - Tetapan kamera umum

background image

Tetapan kamera umum

Gambaran keseluruhan tetapan mod tangkapan

Pengecaman Pemandangan Auto

Optimumkan tetapan anda supaya sesuai dengan sebarang pemandangan.

Manual

Laraskan tetapan kamera secara manual.

Kesan AR

Ambil foto dengan pemandangan dan watak maya.

Kesan kreatif

Gunakan kesan pada foto atau video.

Timeshift burst

Cari foto terbaik daripada letusan imej.

Social live

Siarkan video secara langsung ke Facebook™.

Sapuan Panorama

Gunakan tetapan ini untuk mengambil foto panoramik bersudut luas. Ketik sahaja skrin dan gerakkan

kamera dengan stabil dari satu sisi ke sisi yang lain.

Auto pengecaman pemandangan

Mod pengecaman pemandangan auto mengesan keadaan persekitaran rakaman dan

melaraskan tetapan secara automatik untuk memastikan anda mengambil foto yang

terbaik mungkin.

Mod manual

Gunakan Mod manual apabila anda ingin melaraskan tetapan kamera anda secara

manual untuk mengambil gambar atau video.

Kesan AR

Anda boleh menggunakan kesan AR (realiti tambahan) pada foto anda dan membuat

mereka lebih menyeronokkan. Tetapan ini membolehkan anda mengintegrasikan

pemandangan 3D ke dalam foto anda semasa anda mengambil gambar. Hanya perlu

memilih pemandangan yang anda ingin dan melaraskan kedudukannya dalam pemidang

tilik.

Kesan kreatif

Anda boleh gunakan kesan yang berbeza pada foto dan video anda. Sebagai contoh,

anda boleh menambah kesan Nostalgia untuk membuat foto kelihatan lama atau kesan

Lakaran untuk imej yang lebih menyeronokkan.

Timeshift burst

Kamera mengambil letusan 31 foto dalam jangka masa dua saat – satu saat sebelum

dan selepas anda menekan kekunci kamera. Jadi, anda boleh kembali dan mencari imej

yang sempurna itu.

Social live

Social live adalah satu mod tangkapan kamera yang membolehkan anda menstrim video

secara langsung ke laman Facebook™ anda. Anda hanya perlu mempunyai sambungan

internet aktif dan log masuk ke dalam Facebook™. Video boleh mencapai sehingga 10

minit.

Pelancar pantas

Gunakan tetapan Pelancar pantas untuk melancarkan kamera apabila skrin dikunci.

79

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Geoteg

Tag foto dengan butiran tempat anda mengambilnya.

Tangkapan sentuh

Kenal pasti kawasan fokus, kemudian sentuh skrin kamera dengan jari anda. Foto

diambil sebaik sahaja anda melepaskan jari anda.

Storan data

Anda boleh memilih untuk menyimpan data anda pada kad SD yang boleh ditanggalkan

atau pada storan dalaman peranti anda.

Storan dalaman

Foto atau video disimpan pada ingatan peranti.

Kad SD

Foto atau video disimpan pada kad SD.

Imbangan putih

Fungsi ini melaraskan keseimbangan warna menurut keadaan pencahayaan Ikon tetapan

imbangan putih tersedia pada skrin kamera.

Auto

Melaraskan keseimbangan warna secara automatik agar disesuaikan kepada keadaan pencahayaan.

Pijar

Melaraskan keseimbangan warna untuk keadaan pencahayaan hangat, seperti di bawah mentol lampu.

Pendarfluor

Melaraskan keseimbangan warna untuk pencahayaan pendarfluor.

Siang hari

Melaraskan keseimbangan warna untuk keadaan luar yang cerah.

Mendung

Melaraskan keseimbangan warna untuk langit mendung.

Tetapan ini hanya tersedia dalam mod tangkapan

Manual.