Mengawal penggunaan data
Anda boleh menjejak jumlah data yang dipindahkan kepada dan daripada peranti anda
melalui sambungan data mudah alih atau Wi-Fi® anda pada masa tertentu. Contohnya,
anda juga boleh melihat jumlah data yang digunakan oleh aplikasi individu. Untuk data
yang dipindahkan melalui sambungan data mudah alih anda, anda juga boleh
menetapkan amaran penggunaan data dan had untuk mengelakkan caj tambahan.
Melaraskan tetapan penggunaan data boleh membantu anda mempunyai lebih kawalan
terhadap penggunaan data tetapi tidak dapat menjamin caj tambahan boleh dielakkan.
32
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk menghidupkan atau mematikan trafik data mudah alih
1
Daripada Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Penggunaan data.
3
Seret peluncur di sebelah
Trafik data mudah alih untuk menghidupkan atau
mematikan trafik data mudah alih.
Apabila trafik data mudah alih dimatikan, peranti anda masih boleh mewujudkan sambungan
Wi-Fi® dan Bluetooth®.
Untuk menetapkan amaran penggunaan data
1
Pastikan trafik data mudah alih dihidupkan.
2
Daripada Skrin Utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Penggunaan data.
4
Untuk menetapkan tahap amaran, seret garis amaran ke nilai yang dikehendaki.
Anda menerima pemberitahuan amaran apabila jumlah trafik data menghampiri
paras yang anda tetapkan.
Untuk menetapkan had penggunaan data mudah alih
1
Pastikan trafik data mudah alih dihidupkan.
2
Daripada Skrin Utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Penggunaan data.
4
Tandakan
Tetapkan had data mudah alih kotak semak jika ia belum ditandakan,
kemudian ketik
OK.
5
Untuk menetapkan had penggunaan data mudah alih, seret garis yang berkaitan
ke nilai yang dikehendaki.
Sebaik sahaja penggunaan data anda mencapai had yang ditetapkan, trafik data mudah alih
pada peranti anda akan dimatikan secara automatik.
Untuk mengawal penggunaan data mudah alih bagi aplikasi individu
1
Daripada Skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Tetapan > Penggunaan data.
3
Cari dan ketik aplikasi yang dikehendaki.
4
Tandakan kotak semak
Sekat data latar belakang.
5
Untuk mengakses tetapan khusus bagi aplikasi (jika tersedia), ketik
Lihat tetapan
aplikasi dan lakukan pertukaran yang dikehendaki.
Prestasi aplikasi individu mungkin terjejas jika anda menukar tetapan penggunaan data yang
berkaitan.
Untuk melihat data yang dipindahkan melalui Wi-Fi®
1
Dapatkan dan ketik
Tetapan > Penggunaan data.
2
Ketik , kemudian tandakan kotak semak
Tnjk p'gunaan Wi-Fi jika ia tidak
ditandakan.
3
Ketik tab
Wi-Fi.